Nuffnang Ads

Sunday, February 3, 2013

AKU TAHU, KAU SEMUA TERSANGAT 'HOME-SICK' !


Kalau terlalu teringatkan tanah tumpah darahmu....dengar-dengarlah lagu-lagu asli Melayu....dan pastinya aku dendangkan Semut Merah dan Beranak Ampek Den Tunggu Juo...untuk mu.

Dan ketika adik-adikku semua  berada diluar negeri, Ingatlah kepada Tuhan dan Rasulmu, Jangan lupa Sembahyang dan selalu-selalulah berutus dengan keluargamu terutamanya Ibu dan Ayah yang melahirkan kita dan yang sentiasa mendoa'kan kesejahteraaan anak-anaknya.... semuga Allah memberkati KAMU.

AKU SEMUT MERAH - CINTA TAK KESAMPAIAN-NORAMIN


ANGIN MALAM - experimental - 3.00 am.


Saturday, February 2, 2013

CINTA Sheila Hamzah & Shanaz Terkubur - SEMUT MERAH-noramin








Sunday, January 20, 2013

BHG 4: JALAN KEMBALI KEPADANYA (Kejadian Adam)


MENGIKUT TERJEMAHAN KITAB SUCI AL QURAN - SURAH AL-HIJR:

AYAT 26:  Sesungguhnya telah KAMI ciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang telah berubah




AYAT 28: Ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang telah berubah

AYAT 29: Apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Kutiupkan kedalamnya daripada ruhKU, lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya (Adam)




AYAT 30: Maka sujudlah malaikat-malaikat semuanya,

AYAT 31: Kecuali iblis, ia enggan sujud bersama malaikat-malaikat yang sujud

Demikianlah kejadian asas manusia  pertama bernama ADAM itu, yang terkandung didalam Al Quran. Ianya juga terlakar dan diterangkan diberbagai-bagai buku Tawawuf dan Usuluddin serta bahan-bahan PROSES MENGENAL DIRI yang bolih diperolihi dari PASARAN.


Bagi memperdalaminya, maka telah wujud berbagai TAREQAT untuk menjelaskan secara TEPERINCI bagaimana untuk mengenal dan BERSATU denganNYA. Semua TAREQATyang sahih itu  adalah BENAR kecuali ramai yang TIDAK FAHAM  dan MENGERTI akan fahaman dan pengertiannya yang sebenar. Keputusan MATLAMATnya digantung olih GURU-GURU kerana itu adalah RAHSIA TUHAN dan hanya bolih diperolehi melalui PROSES SULUK.  Apa yang diperolehi olih murid-muridnya adalah BAHAGIAN MASING-MASING. Ramai yang TERGANTUNG tanpa bertali, namun ada juga yang sampai kepada FAHAMAN dan PENGERTIAN sebenar itu...malahan ada yag sampai keMAQAM yang melebihi dari GURUnya.




 Berdasarkan apa yang saya temui, ramai yang keliru dan tenggelam punca dan masih berada TERAPONG-APONG...kebawah tidak, keataspun TIDAK.


Sebagai akibat KEKELIRUAN itu, mereka menjadi RIAK dan TAKBUR ... dan berpura-pura mengatakan MEREKA TELAH 'SAMPAI' tetapi pada hakikatnya, mereka masih TERCARI-CARI dalam kekeliruan itu.

Apa yag akan diperjelaskkan dalam BAB-BAB seterusnya, merupakan RAHSIA TUHAN yang telah lama dibawa mati olih para ulama' terdahulu. Mereka tidak dapat memperturunkannya ketika itu, kerana takut kau dan aku TERSALAH BAWAK dan akhirnya menjadi ISIN(kurang waras).



BHG 3: JALAN KEMBALI KEPADANYA


Sesungguhnya, manusia yang pertama itu adalah MANUSIA PURBA ZAMAN BATU dari sudut Sains khususnya Biology. Ianya terjadi secara otomatis berdasarkan  tenaga formula yang wujud dibumi yang berpusing laju. Begitu juga binatang purba pertama, turut lahir mengikut unsur-unsur formulanya.

Namun demikian, apabila kita ingin mengenal apa yang TERSIRAT didalam batang tubuh Manusia Pertama itu, maka tiada lain yang dapat membuktikannya kecuali KITAB SUCI AL QURAN yang sentiasa kita junjung dikepala!

Nah, anak-anakku....disinilah terletaknya RAHSIA TUHAN ITU berdasarkan kajian META pada kejadian MANUSA PERTAMA yang bernama ADAM itu. Fahami dan mengertikannya baik-baik menggunakan MINDA yang dianugerahkan olih TUHAN. Jangan sekali-kali menggunakan HATI,  kerana Hati selalu mencemarkan MINDA kita!


BHG 2: JALAN KEMBALI KEPADANYA



SESUNGGUHNYA, kejadian yang bernama MANUSIA itu adalah sebaik-baik kejadian  dimuka bumi ini kerana Tuhan melengkapkannya dengan organ formula yang dikenali sebagai OTAK yang bolih menghasilkan MINDA/DAYA FIIR dan organ-organ lainnya agar manusia akan dapat mengetahui dan mengenal akan KEWUJUDAN TUHAN itu sendirinya.

Ketika BERMULAnya TITIK MULA itu yang berupa ZAT NUR, maka ianya telah mencetus satu letupan yang teramat kuat (sebagaimana yang diyakini oleh The Big Bang Theory tetapi tidak sama) maka terjadilah sekalian alam ini yang mana BUMI berpusing-pusing laju, jatuh kebawah dengan dikelilingi olih tenaga yang amat kuat.

Maka wujudlah manusia pertama yang bernama Adam itu sebagai hasil formula SAINS dan FISIK serta dipelopori olih unsur-unusr META yang teramat sukar dimengerti dan difahami keculai mereka yang sampai keMAQAMnya yang tertinggi.

Maka terjadi juga binatang yang bertaraf ADAM (Binatang Pertama) dan maka kemudian  membiaklah ia saperti manusia ADAM itu.

Begitu juga lembu dan kambing serta ayam itu, masing-masing ada NENEK MOYANGnya yang bertaraf Adam itu!
Cubalah bayangkan betapa KERDILNYA kejadian-kejadian ini,  termasuk KAU dan AKU berbanding dengan kuasa yang MENJADIKANNYA!