Nuffnang Ads

Wednesday, January 2, 2013

BHG 3: CHIN PENG DAN AKU

                                      INILAH RADIO KOMUNIS/REVOLUSI MALAYA

Sepanjang Perjalanan-ku dalam bidang PENYIARAN ini, pada suatu ketika beberapa tahun yang lalu, aku terserempak dengan seorang PEMUDA, anak kepada Pejuang Komunis SHAMSIAH PAKEH. Shamsiah Pakeh merupakan salah seorang saudaraku yang tinggal dikampong sawah padiku diKampong Parit Gemuruh, Kuala Pilah Negeri Sembilan. . Anak muda ini  (kalau kau masih ingat) bernama JAMALUDDIN IBRAHIM dan merupakan salah seorang Deejay terkemuka Bahasa Mandarin diRadio Rediffusion 98.8 FM ketika itu. Sebelum ini, aku memang tahu akan kehadhirannya diMalayisa apabila Shamsiah Pakeh dibenarkan pulang dan ditempatkan disebuah kawasan pemulihan dinegara kita ini.

Sesungguhnya, beliau merupakan seorang KETURUNAN MELAYU, benih asli dari Ibrahim juga seorang pejuang komunis dan beribukan Shamsiah Pakeh. Beliau lahir dan mendapat pendidikan diChina dan pastinya Mandarin adalah Bahasa Ibundanya. Namun, apabila kami berjabat tangan dan berbual, ternyata 'MELAYU'nya sudah lupus-pupus kerana ketika berbual ringkas, beliau menzahirkan imej CHIN PENG MODEN!


Lantas, kenanganku segera menghantuiku,  ketikamana aku dikendong, dibawa lari bersembunyi dibawah kawah dan ibuku ditampar ... tersungkur,  sementara aku yang terguling jatuh dari dakapan ibuku hanya mampu MELIHAT dan teramat KELIRU!

Bersambung....

No comments:

Post a Comment