Nuffnang Ads

Tuesday, January 1, 2013

BHG.2 - CHIN PENG DAN AKU


Sesungguhnya, bila aku sudah MENUA dan cuba mengimbau kisah-kisah pahit yang ku lalui sejak kecil, maka NAMA BESAR ini tidak dapat dipisahkan dari sanubariku. Nama CHIN PENG itu lebih besar dari segala-galanya. Sebut saja nama-nama besar dalam industeri hiburan tanah air, Faizal Tahir, Anuar Zain atau Jamal Abdillah.... pasti kau akan CAIR...., namun nama-nama tersebut hanya mampu MENIARAP dibawah tapak kaki CHIN PENG kerana AURAnya TERTINGGI dilangit dan aku pasti kau tidak berupaya mencapainya. Malahan, CHIN PENG  dapat menewaskan  'Psy' yang kau GILAI itu, pemuda KOREA yang hampir menyamai wajahnya ketika muda, menggegarkan dunia dengan GANGNAM STYLE nya. Aku yakin kau tidak akan mepercayai-ku , namun itulah KENYATAANnya ketika itu.

CHIN PENG berhubung denganku setiap siang dan malam melalui LIDAHnya yang bernama "RADIO KOMUNIS/REVOLUSI MALAYA" yang dipancarkan amat jelas dan terang dikampong sawah padiku dan kami mendengarnya setiap hari dengan penuh TAKSUB dan pastinya aku TIDAK!

Hampir seluruh penduduk kampung sawah padiku mendengar dengan HATI,  terpengaruh dengan 'kata-katanya" namun aku mendegarnya dengan MINDA-KU, jesteru itu aku tidak dapat mempercayainya kerana CHIN PENG mengajarku 2+2 menjadi 5 melalui 'sempoa-nya'

Bersambung....

No comments:

Post a Comment