Nuffnang Ads

Monday, January 7, 2013

BHG:2 : the confessionTERLALU RAMAI KETUA PENGARAH RTM TERBUNUH!

I
Sesungguhnya, setiap kali ORTM itu membuat persembahan LIVE, aku pasti akan duduk dibilik khas-ku MEMANTAU sistem BUNYI yang 'dimuntahka'n olih stesen Ibundaku itu. Malahan, keseluruhan Sistem Bunyi TV RTM  itu, tidak dapat mendekati dan memenuhi NEAR-FIELD standard FLAT SPEAKER Yamaha NS10 dibilikku,  apatah lagi  untuk sampai ke Piawai Bunyi Speaker yang lebih besar.

Berdasarkan sebagai seorang bekas Penyiar, aku telah banyak mendengar MUTU-BUNYI dari semua genre muzik dan pastinya GEGENDANG telingaku amat sensitif kepada muntahan BUNYI  yang sedang 'sakit'. Tiada orang yang peduli kecuali Pemimpin Orkes RTM yang 'bodoh' itu yang sanggup MENGGADAIKAN kerjayanya demi untuk "KEDAULATAN"  RTM milik KAU DAN AKU!

SANUBARI SENINYA  meronta dan memberontak didalam batang tubuhnya! Namun demikian, kau dan aku hanya melihat dan berdiam diri, mematikan diri kerana KITA telahpun berada ditempat yang AMAT SELESA!,

Namun begitu, seorang anak remajaku pernah membisikan ketelingaku bahawa ZAMAN TELAH BERUBAH . Aku tersentak, dan aku mula SEDAR betapa "BODOHNYA" aku selama ini!

Bermula sebagai seorang Penyiar dan demi untuk mengekalkan JANGKA-HAYAT produk-ku, aku telah memperkembangkan kemampuanku keberbagai-bagai bidang termasuk Muzik, Sound Engineering, menghasilkan Lagu dan Lirik, menglibatkan diri dalam TV Production, mengendalikan MCP setiap hari ketika menjadi Penerbit diTV3, menjadi Pengacara Televisyen, menceburkan diri dalam lakonan filem, menjadi Pentadbir Tinggi diberbagai Stesen Radio Swasta, 'setting up radio stations'- memanjat berbagai gunung stesen Pemancar dan 'bertelingkah' pendapat dengan JURUTERA bertaraf Ir. dipangkal namanya kerana BELIAU 'daif'  tentang KEJURUTERAAN - BUNYI.

Setelah aku menua dan ketika menunggu hari hari terakhirku, ' I have it all done - aku pernah menaklukinya!'



No comments:

Post a Comment