Nuffnang Ads

Thursday, January 3, 2013

ORANG TUA-KU TELAH SESAT !

                                                          ORANG TUA-KU SESAT

Ketika aku berdarah muda, aku amat khuatiar kerana AYAH-KU TELAH SESAT. Begitu juga orang-orang kampungku yang menuduhnya SEORANG YANG FASIK DAN SESAT!

Walaupun demikian, aku tidak pernah melihat beliau melakukan DOSA-DOSAnya. Malahan, ayahku tidak pernah MENJENTIK-KU walaupun beliau tahu, aku banyak kali membohonginya! Seingatku, aku hanya  mampu menyaksikan beliau MENELAN sendiri perbuatan kotorku....AIRMATAnya ku lihat 'bergenang-genang' dikelopak matanya tapi beliau masih mampu tersenyum dan mengusap kepalaku.

 Begitu juga ketika aku kecil berusia setahun, aku mempunyai ingatan yang kuat, ayahku sentiasa memeluk dan mendakapku setiap malam, meniupkan LAGU ZIKIR ketelingaku sehingga aku khayal tertidur. Beliau mendukungku setiap pagi mencari daun pepohon dan menitiskan sedikit kedinginan air embun kemataku.  Sesungguhnya,  ketika aku telah MENUA, aku tidak dapat melupakan BELAIANNYA dan aku teramat merindui DETIK-SYAHDU yang tidak dapat ku kecapi lagi itu, walaupun aku sendiri TIDAK MENGERTI maksud sebenarnya,  ketika itu.

Begitu juga aku tidak pernah melihatnya MENINGGALKAN SEMBAHYANGnya dan ketika aku sendiri TIDAK BERPUASA dibulan RAMADAN, ayahku menyuruh ibuku menanak nasi dan aku makan dengan LAHAPnya dihadapan ayahku sambil mempelawa: "Makan Ayah?" dan dia menjawabnya perlahan, "Makanlah, Ayah puasa".

Dan kini.... aku dan semua orang kampung menuduhnya SESAT. Apatah lagi, bila aku sudah dewasa dan bekerja dan dapat mengumpulkan wang untuk menghantar ayahku  menunaikan fardhu haji. Mindaku tersungkur kebumi apabila beliau MENOLAKNYA!

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment