Nuffnang Ads

Friday, January 11, 2013

BHG 2: UJI RASHID - AMAT TERHINA! - HIBA YANG MEMBAWA MAUT!



UJI RASHID, seorang gadis rupawan yang tidak pernah ku ketahui asal-usulnya,  "out of nowhere" dengan tiba-tiba muncul menjadi seorang BINTANG pada tahun 1970an dan kemudiannya TERBINTANG pada tahun -tahun seterusnya.

 Namun, kini beliau tidak lagi dapat melihat sinaran bintang yang pernah meneranginya kecuali berdiri goyah sambil tangannya memegang dinding, kerana fikirannya berpusing-pusing dengan tiba-tiba sementara pandangannya BERBINTANG-BINTANG, akibat sentakan jiwa yang sungguh dramatik, kejutan yang bisa  MENGHANCUR-LULUHKAN sanubari seninya, ketika itu! 

Itulah yang aku dapat bayangkan setelah membaca coretan dari sebuah akhbar tempatan yang bertajuk: KENAPA HINA SAYA SEBEGINI? - satu Manifestasi Jiwa seorang LAGENDA yang amat MENGHIBAKAN!



Apatah lagi, ianya merupakan seorang Bintang LAGENDA BERSUARA-MANJA, malahan amat diminati juga olih Lagenda Keroncong KARTINA DAHARI, suatu kata-hati yang pernahku dengar  keluar dari mulutnya sendiri, ketika Kartina Dahari berbual pendek dengan  Penyiar Nurlidar Saidi dan Siti Hawa Majid, diWisma Radio, 40 tahun yang lalu.




 Malahan, selepas kemenangan lagu TERUKIR DIBINTANG itu. YUNA melafazkan dalam Tweeternya yang berbunyi:  "Last but not least, thank you to all the fans @KSMYOFFICIAL @yunanews.. Uji Rashid for inspiring me.  12.12 am 7th January."

Maka, berpanjanganlah  HIBANYA !



No comments:

Post a Comment