Nuffnang Ads

Sunday, January 20, 2013

BHG 4: JALAN KEMBALI KEPADANYA (Kejadian Adam)


MENGIKUT TERJEMAHAN KITAB SUCI AL QURAN - SURAH AL-HIJR:

AYAT 26:  Sesungguhnya telah KAMI ciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang telah berubah




AYAT 28: Ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang telah berubah

AYAT 29: Apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Kutiupkan kedalamnya daripada ruhKU, lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya (Adam)




AYAT 30: Maka sujudlah malaikat-malaikat semuanya,

AYAT 31: Kecuali iblis, ia enggan sujud bersama malaikat-malaikat yang sujud

Demikianlah kejadian asas manusia  pertama bernama ADAM itu, yang terkandung didalam Al Quran. Ianya juga terlakar dan diterangkan diberbagai-bagai buku Tawawuf dan Usuluddin serta bahan-bahan PROSES MENGENAL DIRI yang bolih diperolihi dari PASARAN.


Bagi memperdalaminya, maka telah wujud berbagai TAREQAT untuk menjelaskan secara TEPERINCI bagaimana untuk mengenal dan BERSATU denganNYA. Semua TAREQATyang sahih itu  adalah BENAR kecuali ramai yang TIDAK FAHAM  dan MENGERTI akan fahaman dan pengertiannya yang sebenar. Keputusan MATLAMATnya digantung olih GURU-GURU kerana itu adalah RAHSIA TUHAN dan hanya bolih diperolehi melalui PROSES SULUK.  Apa yang diperolehi olih murid-muridnya adalah BAHAGIAN MASING-MASING. Ramai yang TERGANTUNG tanpa bertali, namun ada juga yang sampai kepada FAHAMAN dan PENGERTIAN sebenar itu...malahan ada yag sampai keMAQAM yang melebihi dari GURUnya.




 Berdasarkan apa yang saya temui, ramai yang keliru dan tenggelam punca dan masih berada TERAPONG-APONG...kebawah tidak, keataspun TIDAK.


Sebagai akibat KEKELIRUAN itu, mereka menjadi RIAK dan TAKBUR ... dan berpura-pura mengatakan MEREKA TELAH 'SAMPAI' tetapi pada hakikatnya, mereka masih TERCARI-CARI dalam kekeliruan itu.

Apa yag akan diperjelaskkan dalam BAB-BAB seterusnya, merupakan RAHSIA TUHAN yang telah lama dibawa mati olih para ulama' terdahulu. Mereka tidak dapat memperturunkannya ketika itu, kerana takut kau dan aku TERSALAH BAWAK dan akhirnya menjadi ISIN(kurang waras).



No comments:

Post a Comment