Nuffnang Ads

Monday, December 31, 2012

BHG 1: NOVEL-MEMOIR SENIMULA NORAMIN MOSYI MOSYI 1970AN





(COMMERCIAL-PROMOTIONAL BREAK)
24HB Ogos 1934
STESEN RADIO ZHJ 
(Persatuan Wayarles Pulau Pinang)
Stesen Radio Pertama diTanah Melayu Berpusat  diKediaman Khoo Sian Ewe, Jalan Perak, 
PULAU PINANG
 (rujukan: RTM Merentas zaman)

                                     THE KING & QUEENS OF THE AIRWAVES 1970an


BHG 1 : PEGEMBARAAN AWAL MENGEJAR CITA-CITA ! 

 22HB JANUARI 2011 – Pada suatu malam, ketika aku ingin masuk tidur sambil menyarung sehelai kain pelikat, tiba-tiba anak kecilku yang berusia lima tahun ternampak akan kesan parut hitam besar dibahagian atas lutut kaki kananku. Kerana ingin tahu, dia terus bertanya dan mendesak tanpa henti sehinggalah kejauh malam. 

 “KENAPA NI AYAH?. EIII …GELILAH TENGOK! KENAPA NI AYAH, KENAPA..KENAPA?” Ketika aku berbaring sambil cuba menidurkannya, aku menjadi serba salah. Anakku seolah-olah masih menunggu dan tidak sabar untuk mendengar ceritaku. Sesungguhnya, aku tidak mahu mengembalikan kisah silam itu mencemari pemikiran anakku yang masih kecil. Dia terlalu muda untuk memahaminya. Namun, parut hitam yang menumpahkan banyak darah ketika zaman remajaku, seolah-olah aku rasakan berdenyut kembali. Aku terus mengelamun jauh. Nada suaraku mula terketar-terketar. Perlahan-lahan, aku bangun dan duduk bersila ditilam merapati anakku yang masih ingin tahu. Mataku mula sayu. Anakku kelihatan tidak sabar menunggu. Dia cuba menahan rasa mengantuknya. Terkebil-kebil dia melawan mata.
“TI..TI..DUR …. TIDURLAH SEKEJAP, ESOK KITA MAIN LAGI …” bunyi suara ku tersekat-sekat menahan perasaan. Aku gagal mengawalnya. Lantas tidak ku sedari, sebutir airmata jatuh kemuka anakku. Anakku terpegun melihat keadaan itu, riak mukanya kelihatan sangat belas melihat ku seolah-olah dia kesal menyentuh perasanku. Lalu, aku mengusap mukanya dan membelai rambutnya. Aku memejamkan kedua mataku seketika, cuba mengimbau kisah duka yang tidak mungkin dapat ku lupakan sehingga akhir hayatku. Khayalanku pergi terlalu jauh. Aku tersentak dan membuka mataku sambil mengesat bekas airmata yang masih bergenang-genang. Aku ingin mula bercerita, tapi….. anakku telah tertidur!


                                                       IMBAUAN (FLASH BACK)


4.00 pagi Mac 1970:  Keadaan riuh! Kedengaran salakan beberapa ekor anjing liar ‘melolong-lolong’ memecah kesunyian. Aku terbangun dan terkejut dari tidurku. Aku termangu-mangu dalam keadaan gelap itu. Pandanganku masih samar-samar. Aku terasa sakit yang amat sangat dibahagian atas lutut kaki kananku, ibarat satu benda tajam sedang menusuk kedalam daging pehaku. Salakan Anjing semakin kuat dan amat dekat denganku.
Keadaan menjadi kelam-kabut.. Aku cemas dengan keadaan hingar-bingar itu. Aku bagaikan tidak tahu dimana aku berada. Aku masih lagi pisat-pisat. Dalam keadaan separuh sedar, aku memandang kekiri, kekanan dan kedepan. Poooh!!! Urgh !!! Aku terpaku dan terkejut, melihat seekor anjing besar berwarna hitam sedang menggigit dan memamah pehaku.
Ketika itu, aku merasakan diriku tidak bolih berfikir. Aku terdiam kaku tidak berdaya, hanya mampu memerhatikannya sahaja. Sakit dipehaku sudah berdenyut-denyut sampai ketulang. Ooooh, aku mesti melakukan sesuatu dengan segera! Ini soal hidup dan matiku. Anjing itu sangat besar dan berang. Dia terus mengganas membaham bahagian lututku. Aku memperkuatkan diri. Dengan tidak semena-mena, badanku menjadi panas. Tubuhku menggeletar. Peluh dingin badanku mula menitik dilantai simin. Aku sudah mulai sedar. Aku benar-benar dalam keadaan bahaya! Darah mula mengalir tanpa hentinya. Dengan sekuat kuat tenaga, aku melonjak bangun sambil kaki kiriku menendang lemah kepala anjing yang masih menggigit. Anjing itu terlalu besar dan kuat. Dia tidak mahu melepaskan gigitannya. Aku terus meraung kesakitan dan menjerit sekuat-kuatnya meminta tolong. Kaki kiriku menendang lagi dan lagi. Tiba-tiba, aku dengar anjing itu berdengking dan melepaskan gigitannya. Pukulan kuat sebatang kayu mengenai tepat dikepalanya. Anjing itu melompat, memandang keatas dan cuba mengarahkan taringnya yang dipenuhi darah kepada orang yang sedang memukulnya. Anjing itu berdengking lagi dan terus menghilang.
“HEI KICI….APA AWA ADA BIKIN SINI, AWA ADA HISAP GANJA KA? SINI, ANJING LIAR ADA BANYA. AWA MAHU MAMPOS KA? KALAU MAHU TIDUR, SANA AWA RUMA TIDUR” tiba-tiba orang itu bersuara serius, sambil mendekatkan mukanya rapat kemukaku. Matanya yang merah terbeliak memandang tajam kedalam kedua biji mataku yang tidak bermaya. “AWA PUNYA LUKA ADA DALAM. SINI KLINIK TADA BUKA. MARI SAYA TOLONG AWA. MARI SAYA PUNYA TEMPAT”. Meriah Singh bekerja sebagai seorang JAGA diUnited Asian Bank (UAB) yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari kawasan dimana aku menumpang tidur. Misainya berkaluk-berdenting, mukanya dipenuhi janggut putih. Terlilit serban besar warna biru dikepalanya. Aku amat takut melihat wajahnya, tambahan lagi renungan matanya yang kelihatan amat bengis. Disaat itu, aku teringat kata-kata lawak kawan disekolahku dahulu, mengenai orang keturunan Sikh, ketika kami bergurau dan berseloroh. Aku percaya, kaupun semua tahu akan lawak itu, jadi tak payalah aku sebutkan disini. Namun, sebagai seorang manusia yang bertamaddun, aku tidak mempercayainya!
‘AWAK PUNYA DARAH KELUAR ADA BANYA. SEKARANG, SAYA SUDAH BALUT AWA PUNYA LUKA. APA LAGI ADA SAKIT. KAKI ADA SAKIT?...TARA?, TANGAN ADA SAKIT….TARA?, AWAK BANYAK HENSEM.
AWAK PUNYA HIDUNG ADA MANCUNG. AWAK PUNYA MUKA SAPERTI BENGGALI JUGA. PUNGGUNG ADA SAKIT?’
‘Inilah pertama kali dalam hidup remajaku, tidur yang dipenuhi debaran, tidur dikaki lima disebuah deretan bangunan kedai diBangsar, Kuala Lumpur. Kalaulah ibu-bapaku tahu akan keadaan cemas ini, nescaya aku dianggap anak durhaka kerana tidak memberi tahu tujuan dan destinasi sebenar pemergianku. Sebenarnya, aku sudah lama terfikir untuk pergi keKuala Lumpur mencari pekerjaan. Tapi, aku takut ibu dan ayahku tidak mengizinkannya. Mereka tidak rela berpisah dan melihat aku duduk merantau terlalu jauh. Pagi semalam, aku nekad menaiki bas UNION dari pekan Kuala Pilah menuju keSeremban.


Dari Seremban, aku menumpang sebuah lori ayam yang ingin keKajang. Dari situ, aku menaiki sebuah kereta prebet sapu menuju kebandar Kuala Lumpur. Aku diturunkan disatu kawasan yang bernama Pudu. Dari situ, aku berjalan kaki…….dan terus berjalan tanpa henti…….Aku banyak bertanya dan bertanya: “HELO KAWAN, …LU TAHUKAH, MANA ITU RADIO MALAYSIA PUNYA TEMPAT? ITU RTM….CAKAP-CAKAP PUNYA TEMPAT?” Aku agak keliru dengan pandu-arah yang diberikan olih mereka yang ku temui diperjalanan. Sesungguhnya, aku ibarat seekor rusa masuk kampung, aku sudah banyak kali tersasar sehingga tidak di sedari, aku sudah berada dihadapan Balai Polis Setapak. Begitulah jauhnya aku berjalan. 

Dahulu, dizaman kanak-kanakku, aku memang seorang budak yang degil dan berhati keras. Ibu dan ayahku selalu menasihati aku. Mungkin sifat semula jadiku ini, sedikit sebanyak memperkukuh dan mempertingkat daya tahanku. Semangatku yang membara dan berapi, mengatasi segala-galanya! Ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur, sebuah bandar besar yang amat asing bagiku. Aku sendiri tidak mempunyai sahabat handai yang bolih menunjukkan dan membawaku kesana kemari. Pemergianku tidak diketahui langsung oleh ibu-bapaku. Aku hanya memberi tahu mereka bahawa aku ingin menemui saudara sebelah ibuku di Triang, Pahang untuk mencari kerja sebagai seorang kerani sekolah. Itulah pekerjaan yang amat disenangi oleh kedua Ibu bapaku, kerana bagi mereka itulah yang terbaik. Aku beranggapan, mereka akan merasa amat senang dan lega kalau aku mendapat pekerjaan tetap dengan segera, sekurang-kurangnya bolih sedikit sebanyak membantu kehidupan Ibu-bapaku, yang selama ini mengerjakan sawah padi. Namun, sepanjang yang aku ingat dan sehinggalah kedua ibu bapaku menutup matanya, aku tidak pernah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mereka sendiri, memerlukan pertolongan dari-ku. Aku terasa agak anih dan hiba!
a

Kuala Lumpur adalah sebuah Bandar yang agak asing bagi seorang anak kampung sapertiku yang sentiasa terkurung, namun sebagai seorang anak muda yang ingin berkembang, dan meneruskan kehidupan remajaku secara lebih sempurna, maka Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar destinasi yang amat ku impikan. Dikampung, ibu bapaku sentiasa mengawal dan mengawasi pergerakanku agar tidak terjajar dan terjebak dalam kancah remaja liar, yang sentiasa mengambil dadah bagi mengisi dan menutupi kekurangan kehidupan mereka.



Tidurku dikaki lima ini adalah semata-mata kerana didorong dan digoncang-gempa oleh perasaan raghibku untuk menjadi seorang JURUHEBAH RADIO. Nama ‘KARIM MUHAMMAD’ merupakan satu nama besar yang sudah lama terpahat disanubariku. Pada zaman persekolahanku lagi, Karim Muhammad merupakan seorang Juruhebah Radio yang digilai ramai, pujaan ramai dan merupakan idolaku sendirinya. Aku sentiasa mengikuti perkembangannya diradio melalui set-radio yang memakai bateri basah. Aku kagum akan kelunakan suaranya, telatahnya, cara jenakanya, hebahannya diradio. Aku masih teringat akan kata-kata saktinya yang kerap mengiringi tuturnya: ‘EH, ENGKAU NI BERMINYAK-LAH’(maksud: ‘HOT’, HEBAT-SEGAK-KACAK-DIGILAI RAMAI) 

Teringat aku pada satu peristiwa yang tidak dapat ku lupakan, ketika aku berada ditingkatan lima sebuah sekolah menengah dibandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Tuanku Muhammad School) atau lebih dikenali dengan nama TMS. Satu pertunjukan pentas di adakan di sebuah dewan di bandar Kuala Pilah, dimana J. Sham dan Helen Velu, dua orang penyanyi angkatan 60an yang amat popular ketika itu, membuat persembahan nyanyian. Aku sangat bernasib baik kerana terpilih dan ditugaskan untuk menjaga dan mengendalikan kain tirai pentas dewan tersebut. Tugasku semata-mata ‘membuka’ dan ‘menutup’ kain tirai pentas sebagaimana yang diarahkan. Sebelum persembahan nyanyian itu bermula, aku didatangi olih seorang pemuda kacak, berkulit cerah, tingginya sederhana, memberi arahan kepadaku. Kata-katanya kepadaku agak lantang dan tegas, agar aku tidak melakukan kesilapan apabila membuka dan menutup kain tirai pentas, sepertimana arahannya.

“EH JANG, NANTI BILO DEN KATO BUKAK KAIN TIRAI, KAU BUKAK COPEK-COPEK YO. EDEN JURU-ACARO PENTAS PADA MALAM NI!” katanya kepadaku dalam dailek Negeri Sembilan, sambil matanya memandang tepat kearah mataku. ‘URGH….BERMINYAKNYA DIA NI’ sahut kata hatiku yang secara spontan memetik kata-kata sakti Juruhebah Idolaku Karim Muhammad diradio! ‘PADANLAH DIA DIPILIH SEBAGAI JURU ACARA PENTAS, DIA MEMANG BERMINYAK! sahut kata hatiku lagi. Persembahan sudah bermula. Aku dengan segera membuka kain tirai pentas bewarna merah pekat yang berepul-repul, mengikut arahan pemuda ‘berminyak’ itu. Lebih seribu orang penonton mula bersorak dan bertepuk tangan. Aku memerhatikan dengan asyik Juru Acara pentas membuat hebahannya mengguna mikrofon, secara berjenaka. Suaranya kedengaran jelas dan terang. Aku tersentak sejenak, suara itu seolah-olah pernahku dengar tapi entah dimana, akupun tidak perasan. 

Pemikiranku mula bergelora. Nada suaranya memang selalu ku dengar, aku amat meminati suara dan telatahnya. Aku memandang tepat kearah muka Juru Acara. Aku terkejut dan tergamam! Hatiku mula berkecamuk. Tidak ada kata-kata lain yang terhebat, yang bolih menggantikan perasaanku ketika itu. Penonton terus bersorak riuh-rendah sambil bertepuk tangan: ‘SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT DATANG SAUDARA PENONTON SEKALIAN, SAYA KARIM MUHAMMAD, JURU ACARA ANDA PADA MALAM INI’ Aku tepaku dan benar-benar terkejut, bahawa pemuda kacak yang bercakap dengan aku sebentar tadi adalah sebenarnya idola-ku KARIM MUHAMMAD, Juruhebah Radio Malaysia yang amat tersohor. 

Mataku terus memandang tepat pada setiap gerak-gerinya dari sebalik tirai, seolah-olah beliau sedang memperagakan kepada-ku kaedah bagaimana untuk bercakap dihadapan khalayak ramai, mengawal suara serta beraksi dipentas. Aku mengamati segala gerak-geri dan perlakuannya dengan mendalam. Disaat itu, aku benar-benar belajar darinya! Aku merasakan diriku sedang meghadhiri satu kursus segera kelolaannya. Kerana terlalu asyik melihat gelagatnya, tidak sedar akan aku, bahawa beliau telahpun memberi arahan supaya aku menutup tirai, kerana J. Sham penyanyi 60an telah tampil kepentas untuk membuat persembahan. Namun, aku masih lagi terpaku dan tidak menyedari akan keadaan itu. Beliau terus berlari kearahku dan menjerit:

‘EH JANG, COPEK TUTUP KAIN TIRAI TU! BANGANG PUNYO BUDAK!’ Aku tersentak dari khayalanku. Aku terlalu leka sebentar tadi. Ini menyebabkan dia amat marah. Aku merasa amat kesal dan sayu kerana kata-kata kesat itu dilemparkan kepadaku oleh seorang yang amat aku sanjung hidup dan matinya. Tidak ku sedari, airmata remajaku mula mengalir kepipi. Namun demikian, aku cuba memujuk diriku : ‘MEMANG SALAH AKU…SALAH AKU…AKU YANG CUAI’. 

Selepas peristiwa itu, aku memasang azam dan niat untuk menjadi seorang Juruhebah Radio yang terkenal sapertinya. Setiap kali aku pulang dari sekolah, aku akan melakukan latihan secara bersendiri ‘bercakap seorang diri’ seolah-olah sebagai seorang Juruhebah Radio yang sebenar: ‘WAKTU SEKARANG IALAH PUKUL 2.00 PETANG. SALAM BAHAGIA, INILAH RADIO MALAYSIA, KUALA LUMPUR !‘ Aku melatih diriku menyebut ungkapan tersebut setahun lamanya. Berbagai-bagai ungkapan lain dapat ku petik dari percakapan dan celoteh Karim Muhammad, ketika beliau bertugas diradio. Setiap hari aku melakukannya tanpa jemu, bercakap sendirian secara ‘ala-radio’, aku merasa seronok, megah, aku merasakan aku hebat…. seolah-olah akulah ‘Karim Muhammad’ yang tersohor itu! 

Jam dinding dibahagian Penyambut Tetamu diWisma Radio, sudahpun menunjukkan pukul 3.40 minit petang. Peluh dinginku membasahi keseluruhan bajuku. Tapi, aku merasa lega kerana akhirnya telah sampai ketempat yang aku tuju, walaupun terlalu sukar dan banyak rintangannya. Ketika aku berjalan dari Bangsar mendaki Bukit Putra, dimana bangunan Wisma Radio, Angkasapuri terletak, hari masih gelap. Jaga bangsa Sikh menasihatkanku, agar menunggu hari siang dan menaiki bas mini yang sentiasa lalu-lalang dikawasan Bangsar itu. Namun, aku degil. Aku mengambil keputusan untuk terus berjalan kaki menuju kebangunan Wisma Radio, Angkasapuri. Kaki kanan-ku amat sakit dan terpaksa berjalan tertengkut-tengkut. Aku berhenti rihat sebentar dihadapan deretan kedai kecil satu tingkat Taman Ghazali Shafie, tidak jauh dari kawasan dimana aku digigit anjing itu. Dari situ, kelihatan samar-samar bangunan Wisma Radio yang tersergam jauh, dihiasi lampu-lampu seolah-olah menggamitku. Hatiku tersenyum puas: ‘TUNGGU YE, AKU DATANG’ kata hatiku!


Aku percaya, bagi mereka yang telah bekerja lama diWisma Radio, Angkasapuri dan sentiasa berulang-alik setiap hari, itu adalah sesuatu yang biasa. Kalaulah mereka berada bersamaku sekarang ini, pasti mereka akan mentertawakan aku. Tetapi bagiku atau mereka yang duduk jauh dari bandar, yang hanya mendengar melalui siaran radio ketika itu, pemandangan itu sudah pasti mendegupkan jiwa dan menakjubkan. Apatah lagi, nama Wisma Radio disebut olih sahabatku ‘set radio bateri basahku’ setiap pagi, petang dan malam.: ‘INILAH RADIO MALAYSIA, DIPANCARKAN DARI WISMA RADIO, ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR’. 

Aku semakin tidak sabar! DiBalai Pengawal pintuk masuk keAngkasapuri, aku telah ditahan. Aku disoal siasat dan tidak dibenarkan masuk kerana aku dianggap ‘asing’. Jalanku yang tempang dan terhuyung-hayang, sangat mencurigakan mereka. Apatah lagi, ketibaanku terlalu awal bagi seseorang pelawat dan tidak langsung mempunyai surat jemputan rasmi. Salah seorang pengawal menjelingkan matanya kearahku. Tangannya terus menunjuk kearah sebuah jam dinding yang tergantung diBalai itu. Diterus memandang kepadaku dan menempelak.



‘KAMU GILA KE? MANA ADA ORANG DATANG MINTA KERJA , JAM 6.15 PAGI? Aku menundukan kepalaku sebagai tanda faham dan mengerti. Aku sebenarnya terlalu penat apatah lagi keadaan kakiku yang amat sakit. Mataku amat mengantuk. Aku tidak mahu kemana-mana lagi. Kalau aku disuruh menunggu sehingga hari esokpun, aku akan tunggu. Aku hanya memerlukan satu ruang tempat yang selamat, dimana aku bolih menunggu dan menumpang tidur sementara menunggu hari esoknya. 

‘BUKAN KAU SORANG JE! RAMAI LAGI ORANG MACAM KAU NI, DATANG. NAK JUMPA MENTERILAH, NAK JUMPA JURUHEBAH LAH, NAK MINTA HUTANGPUN ADA, KAU TAHU!’ Pengawal itu dengan keras, menyuruh aku segera pulang. Namun, aku merayu dan memohon kepadanya beberapa kali. 

Teringat aku, akan pesan Ilmu-Kehidupan yag diajarkan oleh Ibu bapaku: “KITA HIDUP DALAM DUNIA INI, HARUS PANDAI MEMBAWA DIRI. PERTAMANYA MEMBERI SALAM DAN MERENDAHKAN DIRI. BERBUDI-BAHASA. MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA. KATA-KATA KITA HARUS LEMBUT. WAJAH KITA HARUS IKHLAS APABILA BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN. TIDAK KIRA ORANG TU SOMBONG, MARAH ATAU TIDAKNYA, KITA HARUS SELALU MERENDAHKAN DIRI. SELALU MEMINTA MAAF”. “PERCAYALAH. KETIKA ITU, ORANG YANG SEDANG MARAH AKAN MENJADI SEJUK. ORANG YANG GARANG AKAN TUNDUK. KERANA TUHAN MENJADIKANNYA BERPASANGAN, SERBA DUA. IANYA SENTIASA BERLAWANAN. UMPAMANYA, SIANG DAN MALAM. HIDUP DAN MATI. MATAPUN ADA DUA, TELINGAPUN DUA, LUBANG HIDUNG NAFASMUPUN DUA, LUBANG MULUTMU-PUN DUA. 

Aku tersentak. Pertama kali aku mendengar, lubang mulut itu dua. Tak pernah diajar olih guruku disekolah. Setahu aku, aku dilahirkan dengan satu mulut. Aku tidak pernah dengar orang dilahirkan tanpa mulut. Inikan pula, mereka yang mempunyai dua lubang mulut.


“MULUT DIBAHAGIAN ATAS, MERUPAKAN LUBANG YANG MENERIMA MAKANANMU, MULUT DIBAHAGIAN BAWAH, ADALAH LUBANG YANG TERLETAK DICELAH PUNGGUNGMU, IA MENGELUARKAN SEGALA SISA MAKANANMU. SEMUANYA SERBA DUA: BAIK LAWANNYA KEJAHATAN. GEMBIRA LAWANNYA KEPEDIHAN”. “APABILA SESEORANG ITU BERKERAS, MAKA KAU HARUS BERLEMBUT PULA. MENJADI KERAS AMAT MUDAH, AKAN TETAPI UNTUK MENCAPAI TARAF KELEMBUTAN ITU, ITULAH YAG TERAMAT SUKAR. YANG PENTING, JANGAN SEKALI-KALI PUTUS ASA. KUATKAN SEMANGAT KAU. APABILA KAU MENGETAHUI AKAN PERKARA INI, MAKA YANG BAIK-BAIK AKAN SENTIASA MEMIHAK KEPADA KAU. INILAH SEBAIK-BAIK ILMU-KEHIDUPAN ITU. SEKIRANYA KAU TERCAMPAK DILAUT SEKALIPUN, KAU AKAN SENTIASA TERAPUNG. PERCAYALAH, IKAN YU-PUN TIDAK SANGGUP MEMAKAN KAU….KERANA TUHAN ITU, SENTIASA BERADA DIHATI MEREKA YANG TULUS!” 

Akhirnya, pengawal itu membenarkan aku berihat disebuah kerusi panjang. Waktu semakin berlalu. Mataku terlalu letih, matahari semakin naik menandakan hari sudah mula siang terang benderang. Deruman bunyi kereta kedengaran keluar-masuk melalui kawalan pintu Balai Pengawal. Sekali sekala, mataku tertutup tapi aku mencelikkan semula, jari-jemariku kerap menggosok mataku yang layu dahn hampir tertutup.

 “KAN AYAH DAH CAKAP. DUNIA INI, PENUHI DENGAN DUGAAN DAN RINTANGAN.. JANGAN SEKALI-KALAI KAU HILANG SEMANGAT! KAN DAH AYAH KATA, KEJADIAN INI SERBA DUA. MULA LAWANNYA AKHIR. DAN, KAU TELAH MEMULAKANNYA. NAH! TIDAKKAH KAU LIHAT, DISANA ADA AKHIRNYA? , Tiba-tiba ayahku bersuara keras dan menepuk kuat bahuku. 

Aku terkejut dan terbangun. Seorang pengawal sedang memegang bahuku. Dengan lantang dia berkata: ‘ADIK…BANGUN…BANGUN. BAGI RUANG SIKIT! ADA ORANG LAIN NAK DUDUK!” Olih kerana terlalu mengantuk, rupa-rupanya aku telah terlena dikerusi panjang diruang menunggu Balai Pengawal. Barangkali, pengawal-pengawal itu kasihan melihat keadaanku, mereka sengaja tidak mahu menganggu tidurku. Aku lihat jam sudah pukul 12.30 tengahari. Baru aku perasan, aku telah terlena sekian lama.

“BOLIH DUDUK DEKAT ENCIK NI” tiba-tiba seorang pengawal menyuruh seorang wanita duduk disebelahku. Aku beranjak sedikit, sambil memberi ruang dikerusi panjang itu. 



Wanita itu dengan perlahan dan tertib terus duduk, sambil memandang dan tersenyum kepadaku, seolah-olah mengucapkan terima kasih. Aku menganggukkan kepalaku, sambil mataku menjeling sedikit kearahnya. Wajahnya sungguh buruk! Tidak pernah ku lihat selama ini, wajah seorang wanita yang seburuk itu. Rambutnya perang, kusut masai tidak terurus. Wajahnya kelihatan macam orang putih hilang ingatan. Matanya lebam seolah-olah terkena penumbuk atau peanmpar tapi dia kelihatan tenang. 

Ketahuilah olehku, perempuan ini jenis "BALA' yang pernah ibuku perkatakan ketika dikampongku dahulu.  Perempuan jenis ini  tergolong dalam kategori  cacat.  Selalunya, ketika mengandung, ibu mereka diserang penyakit Malaria dan mengalami demam panas yang serius.  

Tiba-tiba, aku terdengar seorang lelaki bersuara keras menyatakan sesuatu kepada salah seorang pengawal: 

 “MEMANG DIALAH ORANGNYA. ANAK SAYA BOLIH CAM DIA. WALAUPUN ANAK SAYA BERTEMU DIA SEKALI, ANAK SAYA ADA TANDA-TANDANYA. CUBA ENCIK TELEFON DIA, SURUH DIA DATANG KEMARI, ANAK SAYA BOLIH CAM..BOLIH KENAL!” Tegas seorang lelaki separuh umur berbadan besar kepada pengawal dibalai itu. Dia kelihatan saperti seorang pemungut hutang, berdiri sambil mencekak pinggangnya. Nada suaranya cukup keras seolah-olah terlalu marah. Sekali sekala, matanya memandang kearah anak wanitanya, yang duduk disebelahku. Disatu ketika, lelaki itu juga turut mencuri pandang kearahku, bagaikan ingin mengecam sesuatu. Aku jadi takut dan terus tunduk. Luka kaki dibahagian atas lututku mula berdenyut. 

Pengawal cuba mententeramkannya, sambil menuliskan nama orang yang dicari itu kedalam Buku Aduan dibalai. Lelaki itu masih kelihatan marah. “DIBAHAGIAN MANA DIA BERTUGAS? APA TANDA-TANDANYA, BUKTINYA, DARI NEGERI MANA ASALNYA” Tiba-tiba, pengawal menyoal Lelaki itu. Wanita yang duduk disebelahku tadi, lantas bangun dan bergerak sedikit kehadapan, menghampiri pengawal dan mencelah dengan nada suara garang yang terketar-ketar: “ENCIK,…..DIA KATA, DIA KERJA DIRANGKAIAN NASIONAL…DIA JURUHEBAH RADIO KAT SINI. BOLIH CAKAP MACAM ORANG NEGERI SEMBILAN. DIA YANG MELAKUKAN SEMUANYA INI ENCIK. INI KERJA DIA…INI KERJA DIA ENCIK. INI DIA PUNYA HAL…INI DIA PUNYA ..DIA ..DIA…DIA..!” 

Wanita itu terus menjerit-jerit. Perasaannya sudah tidak terkawal. Badanku mula menggigil. Mataku terus memandang kearah tubuh wanita itu. Aku lihat, perutnya boncit besar, sebesar ketika ibuku mengandungkan adikku sembilan bulan. Peluhku mula mengalir didahi. Aku tidak pernah berada dalam keadaan yang sesengit begini.

 “BERAPA LAMA AWAK KENAL DIA? APA TANDA-TANDANYA?” kata pengawal itu sambil memujuk dan mententeramkan wanita itu. Wanita itu terus menjawab: “ SAYA BERJUMPA DIA SEKALI SAJA ENCIK, LAPAN BULAN YANG LALU. SAYA PEMINAT DIA. SAYA SANGAT MINAT PADA DIA. DIA BAWA SAYA JALAN-JALAN, KEMUDIAN BERIHAT DISEBUAH HOTEL. DIA KATA, DIA SUKA PADA SAYA. DIA NAK MEMINANG SAYA. SAYA TERPENGARUH DENGAN KATA-KATA MANISNYA. DIA LAKUKANNYA PADA MALAM ITU. LEPAS ITU DIA TERUS MENGHILANG. SAYA MINAT DIA ENCIK. SAYA MESTI CARI DIA. DIA MESTI KAHWIN DENGAN SAYA”

“SELEPAS LAPAN BULAN, AWAK MASIH INGAT RUPA DIA?” soal pengawal itu lagi. 

“SUSAHLAH SAYA NAK INGAT ENCIK, DAH LAPAN BULAN. ITULAH KALI PERTAMA SAYA JUMPA, HARI MALAM PULAK TU. ENTAH-ENTAH DIA DAH GEMUK SIKIT. TAPI, YANG SAYA INGAT, RUPA BENTUK BADANNYA LEBIH KURANG MACAM LELAKI YANG SEDANG DUDUK NI.” Tegas wanita itu, sambil menunjuk dan memandang kearahku dengan galaknya .

“SAYA MASIH INGAT…..JALANNYA TEMPANG SIKIT. ADA TAHI LALAT PADA PUSATNYA” sambung wanita itu lagi dengan penuh yakin. Aku mula resah. Aku mula berfikir yang bukan-bukan.. Tanpa dilihat wanita itu, aku cuba meraba kedalam bajuku, mencari-cari kedudukan bonjolan kecil tahi lalat sialku itu. Aduh…memang sial! ‘Sial’ itu memang masih ada dipusatku. Aku dapat merasakan, satu mala-petaka sedang menuju menghampiriku. 



 “TADI AWAK CAKAP, AWAK JURUHEBAH RADIO KAN?” Pengawal itu tiba-tiba bersuara, tersilap kata sambil memandang kepadaku. Sebenarnya, aku ingin menjadi seorang Juruhebah Radio!  

Ketika aku dalam darjah lima disekolah rendah, ibuku pernah menyatakan kepadaku. Jika kita mempunyai tahi lalat dibahagian kaki, maka itu tandanya kita akan mengembara jauh. Tapi, kalau tahi lalat itu tumbuh dipusat, itu tandanya ‘sial’, banyak perkara yang tidak baik akan menimpa kita, nescahaya kita akan banyak memikul hutang. Puas sudah ibuku memujuk aku supaya membuang sialku itu, tapi aku takut. Sesungguhnya, aku tak tahan sakit tambahan pula aku kurang percaya akan dongengan itu. Sememangnya, sejak lahir lagi, aku mempunyai tahi lalat hidup, betul-betul tumbuh seketul dibahagian pusatku. 

Wanita tadi, terus menolih dan memandang tepat kemukaku, memperhatikan tubuhku dari atas hingga kebawah. Wajahnya kelihatan seolah-olah amat lega! Aku dengan cemas mengeleng-ngelengkan kepala.




 “EERR..EEER MAAF, AWAK YANG NAK JADI JURUHEBAH RADIO TADI KAN?” Tiba-tiba tanya seorang pengawal lain dengan nada suara kuat. Beliau kelihatan sedang menjawab satu panggilan telefon. Rupa-rupanya, ketika aku tertidur sekian lama dikerusi panjang, salah seorang pengawal telah menghubungi bahagian penyambut tetamu diWisma Radio, mengajukan halku itu. 

Keadan terus menjadi senyap dan tegang. Suara kuat pengawal itu, seolah-olah memberikan ‘satu jawapan’ terhadap pemburuan wanita itu, pemburuan terhadap teman JURUHEBAH-SEMALAMAN, yang bertanggung jawab menghamilkannya. Muka wanita itu kelihatan berseri-seri! Kedua biji matanya yang buruk itu, terus terbeliak memandang kearahku. Pada andaianku, dia sudah beranggapan, orang yang sedang diburunya sekian lama, sedang berada diBalai Pengawal. Orang itu amat dekat dengannya. Dia tidak akan dapat berbohong lagi! Dia tidak bolih lagi melarikan dirinya! Mungkin, itulah khayalan wanita itu. Dan yang pastinya, itulah khayalanku juga. 

Wanita itu memandangku dengan lebih serius. Kelihatan ayahnya yang berbadan besar sudah bersiap sedia.

 Mata wanita itu mula mengamatiku. Pandangannya terus tertumpu kepada mukaku, kemudian kebahagian kakiku. Berdenyut-denyut sakit kaki kananku ketika itu, dikerjakan olih pandangannya yang sungguh tajam itu. Matanya terus tertumpu kearah baju dibahagian perutku. Tiba-tiba, cacing diperutku berbunyi, seolah-olah tidak rela. Pandanganya terhenti lama disitu. Aduh! Tahi lalat sialku, bagaikan terus terbonjol keluar dihadapan matanya,! 



Mataku yang ketakutan mencari-cari pintu keluar. Tiba-tiba, sebuah motorsikal kedengaran berhenti, betul-betul dihadapan pintu balai. Pengawal balai terus menunjukkan jari telunjuknya kearah motorsikal pengawal yang ingin dengan segera membawaku kebangunan Wisma Radio yang tidak jauh dari situ. Aku dengan segera bangun, terhuyung-hayang berjalan pantas kepintu. Wanita itu sudah dapat mengecam dan ‘menangkap’ akan ‘cacatnya’ jalanku. Baginya, bukti sudah cukup. Akulah pemuda tempang yang diburunya itu. Pastinya, perempuan buruk itu mahu meninjau semula akan tahi lalat pusatku, yang selama ini menjadi igauannya. Aku terus melompat dan memboncing. Semuanya berlaku dengan cepatnya. Injin motorsikal terus berbunyi kuat. Asap putih berkepul-kepul keluar. Motorsikal pengawal ‘berderum’ laju. Aku tidak mahu menghiraukan lagi. Tapi, aku masih dapat mendengar jerit pekiknya…yang teramat marah dan geram sambil memaki-maki aku.

 “ABANG..... JANGAN LARI! ....JANTAN PENIPU!....JANGAN LARI BANG....PUKI ENGKAU PUNYA MAK.......PUKI ...BATANG SIAL .., BATANG KULOP ....BATANG HARAM !!!” 




                                          COMMERCIAL-PROMOTIONAL BREAK



"Kalau awak nak tahu, sayalah ZAHARA ZA'ABA anak PENDITA Za'aba itu, kami orang Nogori.......Kuala Pilah, tapi kami berdua dah lama meninggal dunia...Awak bila lagi? Dengarlah Radio!"





Mac 1937, Sir Shenton Thomas membuka Perbadanan Penyiaran British Malaya(BMBC) memancarkan siarannya diBukit Caldecott, Jalan Thompson, Singapura.

Bersambung.......

4 comments:

  1. Noramin, kenangan yang bagus... memoir yang menyentuh perasaan. kalau mau dibukukan, setakat ini saja kamu poskan ke wall ini. itu pun sudah cukup ramai yang menanti sambungannya untuk di baca.

    sebagai rakan yang turut menulis memoir , aku cadangkan kamu siapkan memoir ini. satelah siap jumpa penerbit. urusan untuk itu boleh kita pergi bersama kepada beberapa penerbit yg aku kenal. (dari pengamatanku memoir ini mudah diterima penerbit untuk diterbitkan).

    cuma satu, penerbit tentu tidak suka kalau kamu siarkan semua memoir ini dalam blog kamu. nanti pembaca tidak mau membeli buku kerana mereka mudah membacanya dlm blog.penerbit juga mau mencari keuntungan... kalau di tulis separuh dari isi memoir kamu, bila nanti kamu jumpa rakan-rakan untuk menjualnya... mereka akan kata: aku dah baca dalam blog kamu...yang lain tu kisah zaman kita. (aku dah dapat kata kata begini dari dua tiga orang 'kawan' kita yang nak buku secara percuma...alahai...)

    Pun begitu, tak semua kawan penyiar begitu. ada juga kawan kita yg bayar lebih dari harga buku. ada juga rakan kita yang beli lebih dari satu naskah buku untuk di letakkan di library tempat mereka bertugas...sahabat kita Letfee Ahmad membeli sepuluh untuk diletakkan di perpustakaan termasuk perpustakaan radio 24 bernama. datin wan rohani zin membeli sepuluh untuk perpustakaan anak yatim...

    tidak ramai yang menulis tentang kehidupan penyiar. jadi teruskan penulisan kamu... syabas... coretan selebihnya jangan siarkan lagi. biar ianya tergantung dan di cari pembaca yang ingin mengetahui kisah selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Ada juga benarnya kata Abg Chik Zainal Abas tu. Apapun saya ingin tempah satu. Siap dengan tanda tangan Busu Noramin.

    ReplyDelete
  3. Saya sebenarnya sedang mencari pic Allahyarham karim Muhammad, terjumpa cerita ni... Cerita ni lucu dan suspense... Sambungannya dibukukan ke?

    ReplyDelete
  4. Oops maaf. Dah cerita kat atas diorang pesan sampai 10 letak Kat library...

    ReplyDelete