Nuffnang Ads

Tuesday, January 1, 2013

WANITA BERTUDUNG DAN AKU!



WANITA BERTUDUNG DAN AKU: SEPANJANG PERJALANANKU: 1970an: Sesungguhnya, ketika aku memulakan kerjayaku sebagai seorang PENYIAR-MENTAH, aku JARANG SEKALI melihat wanita-wanita itu BERTUDUNG!

Sahabatku Mantan Penyiar/Lyricist Lagenda Habsah Hassan umpamanya, yang duduk sebaris selang satu meja dariku dipejabat radio Wisma Radio itu...aku dapat melihat kecantikan dan KEAYUAN wajahnya pada setiap pagi....begitu juga pada tahun-tahun kemudian...sahabatku Noriah Letuar...Penerbit Kreatif pertama yang mengajakku mencemar tapak program HIBURAN MALAM MINGGUnya ....dan aku berkesempatan melihat wajahnya yang segar, manis dan ayu itu, dan pastinya engkau TIDAK....

Namun, pada suatu ketika dizaman ini, aku mengalami kesukaran yang teramat sangat....MENGECAM wajahnya dan wajah rakan-rakan penyiar wanitaku yang lain diALAM MAYA Facebook ini, kerana mereka sudah pandai MENUTUP SEBELAH MATA-KU ...., tapi aku tetap MELIHAT walaupun terpaksa mengambil masa...mengembalikan ILUSI DAN IMAGINASIKU yang telah dimakan 'semalam' ....ternyata, mereka kelihatan masih hebat dan NATURAL tanpa MENELAN 'Formula Remaja' itu.

Sesungguhnya pada ketika itu, yang bertudung itu adalah IBUku yang sudah TUA.. yang tinggal dikampong sawah padiku yang sentiasa menunggu KEHADHIRAN Ayahku pada setiap malam. NAMUN KETIKA MUDANYA, aku percaya....ibuku saperti kau juga...SUKA MEMPERAGA! Kalau tidak, Maka, tiadalah AKU dihari ini.

Aku mula melihat BUDAYA BERTUDUNG ini, ketika zaman 1980an ketika mana aku memutarkan lagu-lagu nasyid yang didendangkan olih kumpulan NADAMURNI, sebuah kumpulan agama yang diterokai olih Al Arqam . Maka tercetuslah Budaya Bertudung itu....tapi dengan tahap yang perlahan-lahan.

Hari ini, ianya telah menjadi satu BUDAYA TETAP dan WAJIB pula lagaknya. Bertudung ini bagiku, ibarat KOSMETIK dalam Penyiaranku....Aku selalu memberi tahu para pelapisku dipusat-pusat pengajian tinggi, kalau nada suara kau tidak sedap, jangan khuatir...akan ku tunjukkan KOSMETIKnya dan suara kau pasti akan berubah menjadi igauan kau sendiri.

Begitu juga TUDUNG ini....aku menganggapnya sebagai KOSMETIK SAKTI untuk mencantikkan wajah seseorang wanita yang KELIHATAN TIDAK SEMPURNA itu...Yakinlah kepadaku...kau pasti akan kelihatan 'BERKEYAKINAN DIRI'.

Namun, hati kecilku terkadang-kadang bersuara lantang juga......pada suatu hari...ANAK BUJANGKU akan menempelak: " Apa ni ayah, rambut dia SULAH!".

Dan mungkin aku akan menjawapnya: "SANUBARINYA tidak sedemikian rupa!'.

No comments:

Post a Comment