Nuffnang Ads

Friday, January 4, 2013

BHG 3: TNT (The noramin's theory)


Letusan TITIK MULA (ZAT-CAHAYA) bukan saja menunjukkan  BUKTI pada batang tubuhmu, ianya juga memperaga NYATA pada alam sekeliling tapi mata kau dan aku  teramat kabur untuk melihatnya. 

Malahan para Ulama Tasawuf dan Usuluddin  juga turut buta matanya, namun hanya segelintir saja yang sempat melihat dengan HATINYA.  Maka, dapatlah mereka melihat akan KESEDARAN yang terlalu lama TERSEMBUNYI itu. Namun,  mereka tidak sempat pula  membisikan RAHSIA ini kepada kau dan aku,  kerana mereka telah berkurun lamanya kembali keasalNYA. Maka tinggal lah DIA BERSEMBUNYI DIDALAM TERANG, kau dan aku  masih meraba-meraba!

 
Nah, saksikan bukti ini: Pepohon tanaman dirumah kau dan akupun telah lama mempergakannya. Kau lihatlah pohon-pohon bunga yang kita tanam, apabila ianya berbunga pasti dalam lingkungan formula BULAT, dan apabila matang, pasti ianya MELETUS menggambarkan bukti terjadinya LETUSAN awal itu. Tapi, mata kau dan aku hanya melihatanya BERKEMBANG CANTIK,  dan  lebih syahdu lagi jika ianya dipetik dan diselitkan pada rambutmu yang panjang itu. 

Pohon-pohon buah-buahan yang kita tanam juga, turut memperlihatkan kepada kita akan asal usul terjadinya letusan TITIK MULA itu. Durian kita bila sudang matang akan MEREKAH melambangkan nya!


Malahan, apabila anak kita  kurang sihat, maka dia  akan terBATUK dan terus batuk membuka mulut seluas-luasnya ,membayangkan akan simboliknya letusan awal itu. 


Dan begitu juga, sehingga ianya diperagakan pada bilik tidurmu, MULUT pasanganmu terbuka luas keseronokan, MENGKIAS akan letusan awal itu, namun kau tidak menyedari bukti dihadapan mataMU,  kerana kau berada dialam FANTASI  nyata!




Bersambung.......

No comments:

Post a Comment