Nuffnang Ads

Friday, January 4, 2013

BHG 2: TNT - the noramin's theory

                                                 TNT versus THE BIG BANG THEORY

TNT merupakan satu hypothesis pertama didunia berdasarkan Meta (LADUNI-diluar kotak minda), Sains, Realiti dan Logik mempaparkan secara nyata PERMULAAN segala-galanya meliputi kejadian manusia, alam semesta dan TUHAN yang menjadikan kau dan aku itu sendirinya. TNT akan membuktikan betapa rapatnya hubungan kau dan aku dengan TUHAN itu!

           Segala-galanya bermula dengan SATU TITIK MULA berupa  ZAT-CAHAYA (NUR).



Sesungguhnya, TITIK MULA ini rata-rata berbetuk BULAT sifatnya dan memiliki tenaga TERAMAT LUAR BIASA. Ianya wujud dengan sendirinya! Ketika berlaku KEWUJUDANnya, maka meletuslah satu DENTUMAN yang teramat luar biasa kuatnya dan terjadilah satu LEDAKAN menghasilkan objek-objek bulat berpusing-pusing dengan teramat ligatnya saperti roda kereta yang sedang berjalan dengan teramat lajunya. TNT ini amat bercanggah dengan The Big Bang Theory milik Barat, yang menceritakan kejadian alam itu mengikut pandangan samar mereka (sila rujuk The Big Bang Theory). Maka dari sudut SAINS, sesuatu yang berpusing itu akan menghasilkan TENAGA, apatah lagi jika ia berpusing amat ligat. Apabila sudah berbiliun tahun berlalu, maka pusingan itu secara logiknya akan menjadi perlahan mengikut rentak dan sifat fasanya.


 Objek-objek itulah yang kau dan aku katakan Planet. Terdapat berjuta planet dan ianya meluncur jatuh kebawah berpusing-pusing  berdasarkan sifat kejadiannya dan sebahagian planet-planet lainnya naik laju keatas (sifat kejadiannya) seolah-olah ingin bercantum semula dengan TITIK MULA (zat-cahaya) itu tadi. Kesemua objek-objek itu BULAT sifatnya melambangkan asal KEJADIANNYA. Ianya juga dinyatakan kepada KEJADIAN kau dan aku, kita pasti menyerupai ibu atau bapa yang melahirkan kita walaupun tidak tepat.



 Ianya juga diNYATAKAN secara logik pada semua kejadian termasuklah kau dan aku! Titik mula kau dan aku   misalnya berpunca dari sel terpilih dari ribuan sel yang  dihasilkan dari hubungan ayah dan ibu kau dan aku. Malahan perut ibu kau dan aku ketika mengandung juga BULAT. Pendek kata, BULAT memang terhebat mengatasi sifat-sifat lainnya. Didunia nyatanya ini juga, kau dan aku akan menonjol jika PEMIKIRAN kau itu BULAT ...Pemikiran yang Bulatlah  yang menggoncang dunia ini!

Ianya juga banyak dinyatakan pada batang tubuh kau dan aku....ternyata bulat PUSAT kita, mata, lubang-lubang semuanya BULAT sifatnya.

Begitu juga TITIK MULA itu amat mempenglaruhi kehidupan kau dan aku. Justeru itu, TITIK MULA   kehidupan kita bermula ketika kita dilahirkan. Maka setiap pergerakan harus menghadapi TITIK MULA itu, kalau kita ingin ke Mekah umpamanya, maka kita harus begerak dari satu titik mula iaitu dari rumah kita, nah....betapa pentingnya titik mula itu kerana tanpanya, kau dan aku tidak berupaya sampai kemana-mana. Begitu juga, apabila kita menulis huruf ALIF itu, maka ianya pasti ada titik mula.

 Malah, menuliskan huruf BA dalam jawi itu  misalnya, Kau titiklah dibawah huruf itu, maka terjadilah ia huruf BA yang sempurna. Dua huruf Jawi ini amat penting sebagai bukti kejadian asalNYA kerana Alam ini dijadikan SERBA DUA: Alam Ghaib dan Alam Nyata, Zahir dan Batin, Siang dan Malam, Lelaki dan Wanita, Matapun dua, malahan Mulutmu juga ada dua (yang satu lagi adalah LUBANG JUBURmu!).

 Pertama nya ALIF kerana ianya permulaan TITIK itu (bermula dari atas), kemudia BA(titik itu diletakan dibawah), malahan setiap permulaan ayat Alquran yang maha sakti itu bermula dengan Alif (Auzubillah) kemudian diikuti dengan BA (Bismillah). Begitulah kewujudan bukti yang dinyatakan olih Agama Islam Maha Suci milik kau dan aku itu ! Namun, para ulama Fekah terlupa membisikan kepada kau akan RAHSIA ini kerana terlalu sibuk dengan HUKUM dan HAQAMnya, ISLAM dan KAFIRnya!


Bersambung......

No comments:

Post a Comment