Nuffnang Ads

Tuesday, January 1, 2013

CHIN PENG DAN AKU:




22 JANUARI 1951: Aku masih terlalu kecil untuk mengerti dan memahami akan PERTUMPAHAN DARAH ITU dan  sesungguhnya  aku lahir bersih dan sama sekali tidak dapat mengamati, menggapai, memegang dan meresapkan laungan Qamat/Azan yang kau tiupkan ditelingaku kecuali MENANGIS kepedihan, terlalu hiba kerana  kehilanganNYA yang mengasuhku selama 9 bulan 9 hari dalam PERUT Ibuku.

Namun demikian, apabila aku sudah mula pandai bertutur dan MENGATUR langkah kecilku, maka barulah aku berupaya menghayati bisikan ERTI Azan dan Qamat itu yang sebenarnya, bahawa Tiada Tuhan untuk-ku kecuali ALLAH dan Muhmmaad itu adalah Rasul-ku....dan terdengar juga olih ku akan bisikan Qalbumu bahawa TIDAK AKAN TUMPAH darahku kebumi selagi aku mendengar dengungan Qamat/Azan yang amat SAKTI itu dan tidak putus-putus menjunjung kitab suci Al-Quran dikepala ku....'saktinya' yang bisa merapatkan LANGIT dan BUMI !



Sesungguhnya, aku dilahirkan dalam keluarga yang amat miskin, Ayah dan Ibuku tidak akan meninggalkan BAJAK KERBAUnya kecuali tanah sawahku telah kelihatan 'meyakinkan' dan akan menitikkan puluhnya lagi diesok hari sehinggalah mereka mampu melihat benih-benih yang ditabur memperaga kehijauannya.


Ketika aku mula membesar berusia 3 tahun, aku mula sedar akan kehangatan pelukan resah-gelisah ibuku....merasa kesejukan percikan airmata yang jatuh didahi dan pipiku, aku sering dikendong dan dibawa berlari kesana kemari sepanjang malam, terjun dari  satu bukit kesatu bukit yang lain, meniarap dan bangun lagi....dan berlari dan berlari..., kadang-kala aku merasa lemas kerana aku dan ibuku sering duduk dan berselindung dibawah sebuah KAWAH, sebuah kuali besar dirumah kami, mulutku ditutup rapat oleh jari-jemari ibuku....sesungguhnya aku tidak dapat memahami perjalanan hidup kami...setelah aku mendengar satu suara yang agak ganjil  menengking kuat:

"Lu keluar...Keluar...Keluar sekalang. Mana itu padi, mana itu padi,...mana???...Mana lu suluk...mana lu suluk???"

Tiba-tiba aku merasakan tanganku ditarik kuat, dan ibuku terpaksa mengalah dan keluar dari kawah.  Aku hairan melihatkan ibuku menggeletar ketakutan. Disaat itu aku melihat satu muncung besi ditonyohkan kekepalaku. Ibuku terus menolak muncung besi tersebut dan tidak lama kemudian aku terjatuh dan ibuku tersungkur ditampar kuat olih tangan yang aku lihat teramat ganas.

Bila aku sudah benar-benar membesar, barulah aku faham bahawa ketika itu AKU dan IBUKU sedang menhadapi KEMATIAN kami!

Bersambung...


No comments:

Post a Comment