Nuffnang Ads

Monday, January 7, 2013

Terlalu ramai Ketua Pengarah RTM TERBUNUH akibat KUALITI BUNYI ! !


Dewasa ini, bolihlah saya katakan PRODUK RTM itu sedang meningkat kualitinya, tapi masaalah yang harus disegera dan diselesaikan adalah FORENSIK terhadap KUALITI BUNYI.

Amat kurang adil,  jika kita asyik menunding jari kearah  'Sound Engineer" RTM itu sendirinya. Apa yang saya perhatikan adalah:   Piawaian SISTEM KESELURUHAN BUNYI TV RTM itu harus  dikenal-pasti dan diperbaiki. Pada penglihatan saya, RTM harus meninjau kembali 'SETTING' yang ditetapkan pada alat wajib/penting penyiararan bernama AUDIO PROCESSOR, selalunya berada diBILIK KAWALAN UTAMA (Master Control Room) sesebuah stesen TV itu. Percayalah, para juruteknik termasuk Jurutera RTM itu sendirinya TIDAK TERLATIH didalam bidang SISTEM BUNYI ini. Maka eloklah RTM menjemput seorang 'Sound Engineer' terkemuka dari Musical Production House untuk mengenal pasti masaalah tersebut.

Bila mengenakan COMPRESSION keatas BUNYI (Audio) ini, harus jangan KETERLALUAN kerana sesuatu AUDIO itu akan kehilangan 'Dynamic' dan kualiti STEREOnya. Compression yang berlebihan akan hanya menghasilkan BUNYI yang kedengaran TERHIMPIT, TIDAK LEPAS' - 'VERY DULL" . Apabila bunyi ini dihantar ke Pusat Pemancar, maka kualiti BUNYI akan berkurangan dan sudah tentunya memburuk lagi 'BODY' bunyi itu (BERTAMBAH KURUS) apabila sampai ketelinga PENONTON. Ketika itu, BUNYI pasti akan  kedengaran saperti ZAMAN SEBELUM MERDEKA!

1 comment:

  1. Pengalaman menyatakan:
    Seorang penyiar boleh menjadi telinga yang baik. Seorang penyiar boleh menjadi mata yang celik.
    Sebenarnya RTM , dari dahulu lagi menjadikan kita lebih dewasa dari usia sebenarnya, cuma tidak di praktikkan!

    ReplyDelete