Nuffnang Ads

Sunday, January 20, 2013

BHG 1: JALAN KEMBALI KepadaNYA

            JALAN KEMBALI keAsalnya berdasarkan Pengetahuan USUL dan TASAWUF !

Apabila anak-anakku membaca PENGETAHUAN ini, maka hendaklah anak-anakku sentiasa beristighifar agar tidak sesat diperjalanan. Dengan beristighifar banyak kali, pasti anak-anakku akan dikembalikan kepangkal jalan oleh Tuhanmu dan seterusnya mengembara lagi untuk mencari JALAN PULANG itu.

Apa yang aku ceritakan adalah apa yang aku dengar dari mereka yang telah lama berpulang dengan sebaik-baik dan sesuci-sucinya dan ianya telah menjadi peganganku sehingga kini dan keakhir hayatku.
Pengetahuan ini aku peroleh dari guru-guru agama yang amat suci batang tubuhnya, baik kata-katanya, baik pandangannya dan telah lama berpulang sambil menyembunyikan RAHSIA KEMBALI KEPADANYA itu. Sesungguhnya, ianya hanya diperturunkan kepada mereka yang telah digerak hatinya oleh TUHANNYA dan diantara yang segelintir itu,  adalah AKU.




Aku akan menuliskannya dari masa kesemasa, dan aku minta maaf kalau aku tidak dapat menyudahkannya dan ianya berdasar kepada keizinannya juga. Untuk mengikuti perjalanan ini, adalah amat perlu untuk anak-anakku membaca tulisan-tulisanku dibawah Tajuk: TNT : Noramin's Theory dari Awal hingga Akhir kerana ia mempunyai hubungan teramat rapat apabila aku menyentuh tentang seawal-awalnya kejadian kau dan aku bermula dari ADAM itu.

Segala penceritaanku bolihlah aku katakan bersandar ALAM NYATA - Sains dan MetaPhysic dan kalau tidak keterlaluan bolihlah aku muatkan dalam salah satu HIPOTHESISku. Apa yang akan kuterangkan sesungguhnya hampir tidak terdapat dalam buku-buku pembelajaran Usul dan Tasawuf dan berbagai-bagai jalan MENCARI JALAN PULANG ITU.

Tiada AYAT atau HURUF yang ingin aku perturunkan disini keculai PEMAHAMAN dan PENGERTIAN akan keWUJUDANNYA itu kerana tanpa kedua-dua ini, anak-anakku tidak akan sampai kepada MAQAM tersebut  (daya pemikiran yang bolih menerima sesuatu yang baru). Tidak juga aku ingin menunjukkan AGAMA ISLAM, kerana kita semua sudah Islam sejak lahirnya dan pastinya anak-anakku lebih tinggi pengajian Agamanya.

Sesungguhnya, apa yang  akan aku  terangkan adalah sesuatu yang LOGIK dan anak-anakku tidak mampu untuk MENGENEPIKANNYA!

No comments:

Post a Comment