Nuffnang Ads

Saturday, January 12, 2013

MAT SABU: Terima kasih kerana #KL112....Aman! - rujukan: Sinar Harian Online


                                 Syabas kepada saudaraku Mat Sabu yang pada akhirnya menjadi MATANG dan  bersetuju dengan Pemimpin Parti Pemerintah bahawa Himpunan yang diadakan disesuatu TEMPAT TERKAWAL itu aman!

2 comments:

  1. berani ke mereka nak buat huruhara dlm stadium noramin. apa lagi bawa anak kecil dan perempuan .katakanlah mereka nak merusuh. yang kena asap pemedih mata mereka juga.yang kena raba masa nak keluar pintu stadium yang sempit tu perempuan mereka juga!)

    Jawapan kenapa mereka tak berani buat kat Stadium Bukit Jalil pun rasanya dah ada: yang datang kat Stadium Merdeka cuma 45 ribu dari sejuta , ia itu 4.5 peratus dari anggaran dan congakan awal mereka, satelah menerima maklum balas dari mereka yang kata sanggup berhimpun. Kesanggupan mereka itu , mungkin ikrar sewaktu menerima habuan untuk berhimpum. Kalau buat di Bukit Jalil mungkin lagi sikit yang datang. Waema kalau semua yang datang ke Stadium Merdeka tu pergi ke Bukit Jalil tak nampak padat.Banyak kawasan kosong. Malulah depa kepada sahabat mereka diluar negara.

    Yang dapat rm150 (sebagaimana yang saya baca dalam blog dan facebook) tentu tak mau sebahagian dari wang itu untuk bayar tambang komuter...(nak sewa bas, bas dah di borong oleh PERKASA bawa ke TASIK PERDU KEDAH). Sedangkan penganjur suruh mereka yang nak berhimpun tu naik komuter yang tambangnya lebih murah di kawasan KL ni ke Stadium pun mereka pilih jalan kaki.

    Setuju tak kalau saya kata yang datang berhimpun tu kebanyakannya ahli UMNO atau parti lain yang cuma nakkan duit perhimpunan tu... (macam mereka juga ,semua dtg bila BN beri RM500 untuk BRIM).
    Jadi , mungkin yang keluar stadium sewaktu si Anu nak berucap tu mereka yang dari parti lain yang saya sebutkan tadi!)

    DAN : UNTUK PERBANDINGAN PULA: BN AJAK BELIA BERKUMPUL DI PUTRAJAYA ,BN DAPAT KUMPUL 2 JUTA BELIA WALAU PUN TARGET ASALNYA 1 JUTA. PR TARGET KUMPUL 1 JUTA (BARANGKALI YG TERIMA RM150 TU SEJUTA ORANG ) TETAPI AKHIRNYA YANG DATANG CUMA 45 RIBU ORANG AJE... HEHEHEHE.... KESIAN, KAN KANN KANNNN!!!

    JADI KALAU NAK BUAT PERBANDINGAN LAGI UNTUK MENYEDARKAN PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA NI, KITA PERGI KE SEJARAH PARTI PEMBANGKANG. THN 50-AN TIMBUL SATU PARTI YG BERNAMA PARTI NEGARA (PIMPINAN YANG BERBAHAGIA DATO ONN JAAFAR) YANG MENANG CUMA SATU KERUSI. TAHUN 80-AN MUNCUL PARTI YANG BERNAMA NASMA. PARTI TU JUGA LINGKUP , MALAH TAK RAMAI YANG INGAT AKAN KEUJUDANNYA. YANG OKEY SIKIT SEMANGAT 46 SEBAB ADA TENGKU RAZALIEGH , TUN ABDULLAH, RAIS YATIM, DLL...DAPAT MENANG DUA PENGGAL...ITU PUN AKHIRNYA LINGKUP JUGA.

    SEKARANG TIMBUL PR. Cuma ini perbezaannya sikit aje...PKR serpehan UMNO kerana PEMIMPINnya kena buang...(bukan tarik diri saperti PARTI NEGARA, NASMA DAN S46 sebelumnya) bergabung dengan PAS dan DAP. Itu sebab mereka yang Melayu yang boleh di panggil O-start (bukan ustaz ya!) dan ULAM MAK (bukan ULAMAK yaaa!!!) sanggup jual Agama...Malah sanggup jual Allah kepada bukan Islam kerana teringin sangat nak memerintah Malaysia.

    (Saya ada tulis cerpen tentang persoalan ini. harap ada akhbar yang sudi menyiarkannya!)

    Pada pandangan saya (yang agak jahil juga tentang politik kerana tak mengikuti sepenuhnya percaturan dan perkembangan mereka) : kalau di adakan PRU13 nanti...BN akan sapu 4/5 undian rakyat Malaysia...Dan sukar untuk PR mengekalkan apa yang mereka perolehi saperti PRU 12 dahulu! Dan rasanya KERANA KESOMBONGAN MB SELANGOR SEKARANG (Penyokong di kawasan dia pun dah setahun tolak dia!)BN akan kembali memerintah Selangor!

    ReplyDelete