Nuffnang Ads

Friday, January 11, 2013

YM tok guru NIK AZIZ harus menukar strategi - PAS akan gugur diKELANTAN!

Berdasarkan kebangkitan para Ulama' Pondok Kelantan yang menentang keras akan dasar 'SETUJU' YM. Tuan Guru terhadap  "ALLAH-BIBLE" itu, maka PERCANGGAHAN PENDAPAT yang sengit,  sedang berlaku dikalangan para penyokong PAS itu sendirinya termasuk di-AKAR-UMBI. Kalau ini dibiarkan  terus berlaku, maka PAS akan gugur diKelantan, pada pilihanraya yang TERDEKAT.

Fenomena VIRAL-MARKETING ini, sedang dilaksanakan hebat oleh PARTI PEMERINTAH dan ianya pasti akan menewas dan mengelirukan 'Minda" YM. Tuan Guru. Diharap YM Tuan Guru jangan mengambil mudah tentang perkara ini. Ianya amat serius!

Pada penglihatan peribadi saya, YM Tuan Guru harus segera menukar strategi dengan TIDAK BERPAUT RAPAT dan tunduk  kepada kehendak DAP, yang sesungguhnya amat dibencii oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.


Strategi  "Allah-Bible"yang dibangkitkan olih para Ulama' Umno dan segala MUFTI, sesungguhnya adalah benar! Malahan YM Ustaz Harun Din sendiripun menentang penggunaan ALLAH oleh ugama lain. Saya dapat melihat secara sanubarinya,  YM Tuan Guru secara TASAWUFNYA  bersetuju, tetapi terpaksa melakukannya kerana STRATEGI POLITIK. Saya amat faham dan MENGERTI!.

YM Tuan Guru harus segera menyusun strategi untuk mengatasi masaalah yang amat merbahaya kepada Parti PAS ini. Pada pendapat peribadi saya, YM Tuan Guru harus segera keluar dari PAKATAN itu sendirinya, demi untuk menyelamatkan KELATAN daripada jatuh ketangan ORANG LAIN !





No comments:

Post a Comment